Label

Isnin, 6 Ogos 2007

Elly Mazlin Kekalkan Diet Protin Sepanjang Puasa




Tidak berapa lama lagi kita akan menyambut bulan puasa. Inilah masanya untuk kita merehatkan perut setelah sepanjang tahun bekerja di samping meningkatkan kesihatan. Inilah masanya yang paling baik untuk kita menurunkan berat badan.

Seperti pelakon yang semua kita kenal, Elly Mazlin, dia mengamalkan diet protin sepanjang bulan puasa tahun lepas. Jadi, bulan puasa tahun ni, bolehlah kita mengamalkan produk Shape Works Herbalife sepanjang bulan yang mulia ni.

"Sepanjang berdiet ni, Elly juga mengambil produk HerbaLife. Walaupun baru sebulan mengambilnya, Elly dapat rasakan perubahan pada diri Elly. Poduk ni bukan setakat elok untu diet, tetapi juga baik untuk penjagaan kulit, membantu melancarkan sistem penghadaman dan sebagainya" - Ellymazlin -pelakon

Bila sampai nak raye nanti, bolehlah cuba pakai baju kebaya. Kalau sebelum ni tak muat pakai, lepas ikut program pengurusan berat badan Shape Works Herbalife ni, saya yakin anda pasti boleh pakai.

Lepas raya, tak perlu risau berat badan naik semula. Sekurang-kurangnya boleh kekal berat lama kalau tak turun pun. Maklumlah lepas raya banyak rumah terbuka.

Jumaat, 3 Ogos 2007

Elak Minum Ketika Makan

PERUT adalah pusat kebanyakan penyakit. Pakar perubatan sependapat mengatakan ubat yang paling mujarab untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengawal makan. Malah Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “Setiap penyakit disebabkan oleh banyak makanan dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan.”

Sememangnya terlalu banyak makan boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti sakit perut, kembung, sembelit, rasa mual, muntah atau cirit birit. Kesemuanya ini berpunca daripada makan dan tabiat makan kita. Sindrom Usus Rengsa ini menandakan berlaku ketidakseimbangan organisasi dalam usus kita.

Ada 10 simptom yang perlu diingat kerana ia menandakan kita mengalami masalah pencernaan (aktiviti enzim) iaitu:
  • Banyak angin (lebih kerap kentut daripada biasa)
  • Kembung
    Cepat penat
  • Mudah berparut
  • Keradangan kulit
  • Berat badan bertambah dengan cepat
  • Sering sendawa
  • Pedih ulu hati
  • Makanan tidak hadam
  • Keradangan lain
Antara cara yang boleh diamalkan untuk menggalakkan kesihatan saluran pencernaan kita ialah: Jangan makan terlalu banyak.

Walaupun sudah jadi budaya kita untuk makan setiap kali keluar atau berjumpa kawan, kawallah makanan yang masuk ke dalam perut. Kunyah makanan hingga betul-betul lumat. Kunyah makanan perlahan-lahan (sekurang-kurangnya 30 kali, dan ada hadis yang menyarankan 44 kali kunyah) sebelum makanan ditelan. Ada rahsia di sebalik saranan ini kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.

Minum sebelum atau selepas makan. Elakkan minum ketika makan kerana ia akan mencairkan enzim pencernaan dalam perut. Proses pencernaan akan berlaku lebih sempurna dalam keadaan perut yang berasid. Jika terpaksa, minumlah dalam tegukan yang kecil tetapi elakkan minuman berkarbonat, soda atau minuman berais kerana menghalang pencernaan.

Sebaiknya minum 10 minit sebelum makan atau sekurang-kurangnya sejam selepas makan.

Amalkan jadual ke tandas yang tetap setiap hari. Ia secara tidak langsung memberi laluan kepada badan menyingkirkan bahan toksin secara berkala dan memperbaiki persekitaran usus.

Makan lebih banyak sayur-sayuran mentah (termasuk ulam dan salad) serta buah-buahan kerana ia mengandungi banyak bahan yang boleh melancarkan proses pencernaan.

Minum air secukupnya. Air menjadi bahan pengantara yang terbaik dalam badan. Badan yang tidak cukup air secara automatik akan merangsang fungsi enzim dan mengganggu proses penghadaman. Malah anda lebih sukar ke tandas jika tidak cukup air, walaupun banyak makan sayur-sayuran atau buah-buahan.

Bersenam selalu. Senaman boleh merangsang badan mencapai fungsi sebenar dan menggalakkan proses pencernaan.

Elakkan diri daripada tekanan. Tekanan akan merangsang enzim untuk menjalankan semua fungsi metabolik dan jika ia berterusan, boleh mendatangkan masalah kepada badan.

Makan produk tenusu kultur (contohnya dadih dan keju) atau probiotik kultur tempatan.

Untuk lebih mudah, ambil produk Formula-1 Shape Works dengan Tea Mix setiap hari.